Tarikh: 21 Februari 2025
Masa: 8.00 - 9.00AM
Hari: Jumaat
Pada minggu lepas, SK Kampung Sawai telah berjaya melaksanakan Majlis Penangguhan Minggu Pembukaan Sekolah dan Penyampaian Watikah Pemimpin Muda Pelajar Sesi 2025/2026.
Majlis ini dimulai dengan penyampaian sijil pelantikan kepada semua pemimpin muda yang telah dipilih. Seterusnya, semua pemimpin muda telah mengangkat sumpah untuk menjalankan tugas dengan penuh disiplin dan dedikasi.
Turut tidak dilupakan, ucapan dari guru besar turut diberi perhatian pada majlis tersebut. Antara amanat yang ditekankan beliau adalah pemimpin muda perlu sentiasa menjalankan tugas dengan penuh keikhlasan dan sentiasa menepati waktu.
Keseluruhnnya, majlis ini telah berjalan dengan lancar dan telah memberi nafas yang baru kepada semua pemimpin muda untuk menjalankan tugas dengan penuh semangat dan saksama.
0 Comments