SK SEBAKO DARO :: HARI PERMUAFAKATAN IBU BAPA DAN GURU TAHUN 6 PERMATA

HARI PERMUAFAKATAN IBU BAPA TAHUN 6 PERMATA PENGGAL PERTAMA
Majlis Permuafakatan Penggal Pertama Anak-Anak 6 Permata
12 Ogos 2024 :: Isnin
3 petang
Kelas 6 Permata
Murid & Ibu Bapa Tahun 6

Alhamdulillah. Petang semalam telah berlangsung Majlis Permuafakatan Ibu Bapa Tahun 6 Permata bersama pihak sekolah. Majlis telah dimulakan dengan kata aluan daripada Haji Mohd Sufri Yakup, Penolong Kanan Pentadbiran SK Sebako.

Majlis juga menyaksikan guru-guru Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah memberi maklum balas berkenaan prestasi akademik anak-anak dan menyerahkan Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah Penggal Pertama.

Kemudian diteruskan dengan taklimat E-Menengah, Pendaftaran ke SMKA / SBP / MRSM dan Pentaksiran ke Sekolah Khusus (PKSK) oleh Cikgu Mohammad Azwan bin Azahari, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Akhir sekali, majlis juga turut melaksanakan taklimat awal Majlis Khatam Al Quran Tahun 2024 yang akan melibatkan murid Tahun 5&6 SK Sebako yang dijadualkan pada bulan Januari 2025 kelak.

Terima kasih kepada semua ibu bapa Tahun 6 yang telah hadir dan menjayakan majlis.











Post a Comment

0 Comments