Nama Sekolah:
Sekolah Kebangsaan Mohamad Redeh
Nama Program:
Kejohanan Ragbi UNIMAS 10's Tahun 2024
Tarikh Pelaksanaan Program:
29 November - 1 Disember 2024
Kumpulan Sasaran:
Guru dan murid SK Mohamad Redeh
Pengisian Program:
1) Pasukan Ragbi MSSR Daro iaitu SRK Otter Rugby Club (gabungan SK Mohamad Redeh, SK Semop dan SK Kg. Kut) telah menyertai satu kejohanan ragbi kelolaan UNIMAS yang bertempat di Padang Sintetik Universiti Malaysia Sarawak.
Gambar:
Penutup:
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan SRK Otter Rugby Club kerana telah mendapat tempat pertama iaitu Johan Bowl U-11 Ragbi Rimau. Seluruh warga SK Mohamad Redeh amat berbangga dengan pencapaian ini dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua murid, guru pelatih, guru pengiring dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga dengan kemenangan ini dapat membakar semangat anak-anak SK Mohamad Redeh yang lain untuk terus menjulang kejayaan dan kecemerlangan samada dalam bidang kokurikulum mahupun akademik.
Disediakan Oleh:
Anas Lassum Abdullah
Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Mohamad Redeh
0 Comments