SK KG TEKAJONG: GOTONG-ROYONG MADANI 2.0 PERINGKAT SK KG TEKAJONG

 Nama Sekolah                            : SK Kg Tekajong

Nama Program / Intervensi         : Gotong-Royong Madani 2.0 Peringkat SK Kg Tekajong

Mata Pelajaran                           : -

Tarikh Pelaksanaan Program / Intervensi: 8 Jun 2024

Kumpulan Sasaran                     : Wakil Sekolah, EXCO PIBG, Komuniti Kampung


Pengisian Program / Intervensi   :

Program Gotong-Royong Madani 2.0 bertujuan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan warga pendidikan dan mengaktifkan peranan ibu bapa, masyarakat, komuniti, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO). Sehubungan dengan itu, SK Kg Tekajong telah menyahut seruan KPM untuk melaksanakan Gotong-Royong Madani 2.0 peringkat sekolah pada tarikh di atas.

Penglibatan ibu bapa, komuniti dan pihak swasta (PIBKS) berfungsi sebagai penggerak dan sokongan dalam pelaksanaan program gotong-royong pada kali ini. Antara objektif program termasuklah:


1.     Meningkatkan tahap kebersihan, keceriaan dan keselamatan sekolah,

2.     Mengeratkan kerjasama antara sekolah dengan komuniti melalui penglibatan agensi awam, swasta, dan badan bukan kerajaan (NGO),

3.     Memupuk perpaduan dalam kalangan ibu bapa dan komuniti setempat,

4.     Membudayakan amalan gotong-royong dalam kalangan warga sekolah, dan

5.     Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan murid seperti kerjasama, bertanggungjawab, bertolak ansur dan rajin.


Gambar / Video                        :














 

Penutup                                     :

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program kali ini.


Disediakan oleh:

SU PIBG. 

Post a Comment

0 Comments