SK KG SERDENG - AKTIVITI MINGGU SAINS DAN MATEMATIK

 SK KG SERDENG

AKTIVITI MINGGU SAINS DAN MATEMATIK

Walau dalam keadaan penularan pendemik Covid-19, alhamdulillah beberapa aktiviti berjaya dilaksanakan dengan mengikut SOP yang ditetapkan. Aktiviti ini sedikit sebanyak membuka minda dan minat para pelajar dengan matapelajaran Sains dan Matematik. Antara aktiviti yang berjaya dilaksanakan adalah;

Aktiviti Sains

1.    Pelancaran Roket Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6

       Aktiviti ini dijalankan mengikut kelas untuk mengelakkan murid berkumpul terlalu ramai. Aktiviti          ini memberi kefahaman kepada murid tentang fungsi tekanan udara dalam proses pelancaran roket        ke udara.

2.    Kereta Solar

       Dalam aktiviti ini, murid akan didedahkan kepada tenaga yang boleh diperbaharui serta teknologi           yang tekini tanpa menggunakan tenaga dari bahan bakar.






Aktiviti Matematik

1.    Ujian Fakta Asas Matematik

       Aktiviti ini merupakan aktiviti yang wajib dilaksanakan ke atas semua tahap. Ujian Fakta Asas ini           bertujuan untuk mengukuhkan kefahaman serta pengetahuan murid berkenaan asas-asas operasi             dalam matematik. Selain itu, aktiviti ini mampu mengoptimumkan daya pemikiran serta melatih           murid untuk berfikir secara cepat dan tepat.

2. Kembara Matematik

    Aktiviti ini dijalankan di luar bilik darjah bagi memberi kelainan situasi belajar murid. Kembara             Matematik dilaksanakan mengikut SOP yang telah ditetapkan.







Post a Comment

0 Comments