LAWATAN BIMBINGAN SISC+ PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN PPD DARO (19-23 APRIL 2021)
TARIKH: 19-23 APRIL 2021
TEMPAT: SK Kpg Kut, SK Mohd Redeh dan PPD Daro
PLATFORM: Bersemuka
PENGISIAN DAN FOKUS:
a) Pengenalan terhadap amalan Kajian Tindakan
b) Membimbing guru dalam menjana idea khasnya pada Kitaran Pertama (Pemerhatian & Refleksi)
c) Sumbang-saran & Rumusan
LAPORAN BERGAMBAR:
Tarikh: 21 April 2021 (Rabu)
Guru: Nazrin bin Othman
Sekolah & Lokasi bimbingan: SK Kpg Kut, Daro
Tarikh: 21 April 2021 (Rabu)
Guru: Mohd Zairi bin Okeg dan Ahmad Muslim bin Dolhan
Sekolah & Lokasi bimbingan: SK Mohamad Redeh, Saai
Tarikh: 22 April 2021 (Khamis)
Masa: 12.30 tengahari
Guru: Cikgu Syaiful Mirza
Sekolah: SMK TPDPH Normah, Daro
Lokasi bimbingan: di PPD Daro
RUMUSAN:
Semoga semua cikgu beroleh manfaat dalam melaksanakan Kajian Tindakan. Kajian tindakan (KT) adalah satu kajian yang berbentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan oleh pengamal pendidikan, guru atau pendidik sebagai penyelidik dalam situasi sosial mereka sendiri. Sebagai penyelidik, guru-guru melaksanakan tindakan praktik (intervensi) bertujuan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti amalan masing-masing bagi meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan. Yang mana, KT melibatkan proses memerhati, membuat refleksi, merancang dan melaksanakan tindakan. Sesungguhnya, amalan dan pembudayaan KT memerlukan komitmen padu setiap guru dalam menjamin kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.
0 Comments