Perkongsian Panduan Permainan Bahasa

Permainan Bahasa Tic-Tac-Toe.


Permainan bahasa adalah salah satu aktiviti yang menyeronokkan serta menarik minat murid untuk terus mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Hal ini akan secara langsung akan memudahkan para guru untuk meneruskan sesi perkongsian ilmu kerana minat murid terhadap subjek tersebut. Oleh itu, panitia Bahasa Melayu SMK Semop, Daro pernah mengaplikasikan satu kaedah permainan bahasa yang diberi nama Tic-Tac-Toe. Permainan ini sesuai dijalankan untuk semua peringkat umur murid. Selain itu, permainan bahasa ini juga boleh diaplikasikan ke dalam subjek lain seperti Sains, bahasa Inggeris, Matematik dan sebagainya. Berikut merupakan langkah mudah untuk bermaina Permainan Bahasa Tic-Tac-Toe ;

Langkah 1. Bina kotak seperti rajah di bawah ;




Langkah 2. Isikan istilah/kata/frasa penting yang telah dipelajari. Contoh di bawah ialah topik Kata kerja.
Panduan ; Sebelum mengisi istilah/kata/frasa penting di dalam ruangan kotak, guru harus menyenaraikan 9 perkataan terlebih dahulu sebelum diisi ke dalam kotak yang dibina oleh murid. Hal ini bagi memastikan semua murid menggunakan bahan yang sama dan seterusnya mencapai matlamat permainan tersebut.



Langkah 3. Memulakan permainan. Guru boleh menetapkan giliran kumpulan yang akan memulakan permainan tersebut. Permainan dimulakan dengan kumpulan pertama memilih kotak untuk dipangkah. sebagai contoh, kumpulan tersebut memilih kotak ,menyidai', kemudian semua kumpulan diberikan masa selama 15 saat untuk membina ayat ringkas berdasarkan perkataan yang terdapat dalam kotak tersebut. Sekiranya betul, barulah mereka boleh memangkah perkataan tersebut. sekiranya salah, tidak dibenarkan memangkah kotak tersebut. 



Langkah 4. Teruskan permainan sehingga setiap kumpulan dapat menghasilkan satu garisan lengkap seperti dalam rajah di bawah.



Selesai ... 


    Bagi kumpulan yang boleh menyelesaikan permainan dengan pantas, guru-guru bolehlah memberikan token kepada murid sebagai peghargaan terhadap usaha mereka kerana terlibat aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

          Jumlah kotak dan garisan juga boleh diubah suai mengikut kehendak para guru. Tidak semestinya hanya 9 kotak sahaja. sebelum ini, saya pernah mengaplikasikan permainan ini dengan menggunakan 25 kotak (Ala-ala permainan 'Bingo') dengan langkah yang sama seperti di atas dan ia berhasil untuk dipraktikkan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

        Permainan 'Tic-Tac-Toe' ini juga sesuai untuk diaplikasikan dalam subjek-subjek lain. Contohnya subjek Sains, para guru boleh menyenaraikan istilah atau kata kunci bagi sesuatu topik, kemudian apabila murid memilih untuk memangkah kotak tersebut, guru boleh mengemukakan soalan mengenai istilah yan telah dipilih itu tadi.

        Permainan bahasa ini bukan sahaja seronok, bahkan boleh membantu murid dalam mengingati istilah/kata/frasa penting tersebut dan seterusnya akan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian mereka sekaligus membantu meningkatkan akademik para murid.
            
            sebagai perkongsian, selain daripada menggunakan kertas, para guru boleh juga menggunakan papan putih mini untuk menjalankan aktiviti ini. penggunaan papan putih mini adalah memudahkan dan menjimatkan kos kerana boleh diguna semula. Sekiranya tiada papan putih mini, para guru boleh 'laminate' kertas A4 untuk dijadikan sebagai papan putih mini kerana kesan pen Marker jenis papan putih boleh dihilangkan dan kertas tersebut boleh diguna semula. 

Sekian perkongsian Panitia Bahasa Melayu SMK Semop, Daro.

Post a Comment

0 Comments