Perkongsian AKTIVITI TS25 lebih mudah secara ONLINE

Kita sedia maklum, ada banyak aktiviti dan program yang sekolah TS25 telah dibangunkan dan dilaksanakan. Sehubungan itu, adalah lebih baik sekiranya aktiviti dan program tersebut dikongsikan kepada rakan-rakan guru sekolah lain secara ONLINE.

Dengan itu, sekolah-sekolah lain turut mendapat manfaat hasil perkongsian tersebut. Selain daripada mereka maklum akan KELEBIHAN dan KEKUATAN program yang telah dilaksanakan oleh sekolah-sekolah TS25, mereka juga dapat gambaran bagaimana TS25 itu dapat dilaksanakan dengan jayanya. Sehubungan dengan itu, setiap sekolah TS25 PPD Daro digalakkan untuk membuat perkongsian aktiviti-aktiviti TS25 telah dilaksanakan.




Beberapa hari yang lepas, SISC+ telah ke SK Hijrah Badong akan perkara ini. Hari ini pula, SISC+ berjumpa dengan pengetua SMK TPDPH Normah bagi membincangkan akan perkara yang sama. Alhamdulillah, atas tujuan yang baik dan memudahkan urusan Perkongsian Amalan Terbaik TS25, pihak sekolah menerima amanah tersebut. Di hari lain, InsyaAllah, SISC+ akan ke SK Camporan Daro dan SK Abang Gesa bagi tujuan yang sama.


 SISC+ bersama Pengetua dan PK1 SMK TPDPH Normah


Sekian saja perkongsian saya. Wassalam.

Post a Comment

0 Comments